Isnin, 23 Februari 2009



CONTOH COVER BUKU YANG DITULIS OLEH
AL-KHWARIZMI.

Isnin, 16 Februari 2009


Universiti terbuka Al-Quds di Gaza akan kembali melanjutkan program kuliahnya pada minggu depan secara percuma, seperti yang diusulkan oleh dewan mahasiswa kepada pengarah kampus. Dewan mahasiswa Universiti terbuka Al-Quds mengumumkan hal tersebut Khamis semalam.
Tidak hanya usul kenaikan yuran tahun pertama dihapuskan, tapi juga mahasiswa tahun pertama juga akan diberikan enam kali kredit kelas secara percuma.
Selain itu, mahasiswa yang kehilangan anggota keluarganya sewaktu Yahudi Israel menyerang Gaza tempoh hari akan diberikan bantuan kewangan.Universiti juga mendapat bantuan dana sebanyak 50,000 dinar Jordan atau lebih kurang 70,500 US DOlar untuk membantu mahasiswa yang kehilangan harta bendanya.
Oleh kerana serangan oleh Israel berlaku, kuliah dan jadual ujian di universiti tersebut terganggu. Pihak Universiti telah menjadualkan bahawa ujian kepada mahasiswa ialah pada Isnin, 24 Februari 2009 akan datang.
Sumber dari http://www.eramuslim.com/

NO VALENTINE! JADILAH KEKASIH ALLAH
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Maidah: 49)Kekasihku,tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun “Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.” “Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu,, maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu,, maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu,, maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.” “Ya Allah! Ampunilah aku.,, Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya dan fana dunia yang mengasyikkan.” * Untuk artikel lanjut tentang valentine layari : sahabatpalestin.blogspot.com

Jumaat, 13 Februari 2009

Aplikasi Matematik dalam Kehidupan.

Matematik adalah sebahagian daripada kehidupan.
Begitu juga ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu sains.
Bukti-buktinya terdapat di sekeliling kita.
Salah satu dari aplikasi Matematik adalah aplikasi nombor Fibonacci. Boleh rujuk dalam laman web berkenaan Fibonacci di bawah.
Selamat menerokai ilmu untuk mengenal Pencipta Alam.

Rabu, 11 Februari 2009

Jumaat, 6 Februari 2009


Ini merupakan sebahagian daripada hasil kajian yang dijalankan terhadap ilmu matematik yang membawa kepada kesimpulan bahawa matematik mempunyai perkaitan dengan seni, alam dan kehidupan.
Topik perbincangan yang terakhir dalam buku The Golden Ratio adalah
' IS GOD A MATHEMATICIAN'.
Untuk maklumat jelas tentang kandungannya rujuk amazon.com.

Khamis, 5 Februari 2009

the first step to the journey



Bismillah dan assalamualaikum sebagai pembuka bicara.




Pengembaraan mencari ilmu bermula di sini dari seorang insan yang ingin berkongsi.


Sama-sama berkongsi segala-galanya di sini.


Perkongsian ilmu, idea, nasihat, kata-kata hikmah, motivasi,....


Semoga ia bermanfaat untuk membina generasi yang cemerlang IQ (intelektual), dan ESQ(emosi dan ruhani).


Nantikan perkongsian ini, insyaAllah.