Isnin, 16 Februari 2009


Universiti terbuka Al-Quds di Gaza akan kembali melanjutkan program kuliahnya pada minggu depan secara percuma, seperti yang diusulkan oleh dewan mahasiswa kepada pengarah kampus. Dewan mahasiswa Universiti terbuka Al-Quds mengumumkan hal tersebut Khamis semalam.
Tidak hanya usul kenaikan yuran tahun pertama dihapuskan, tapi juga mahasiswa tahun pertama juga akan diberikan enam kali kredit kelas secara percuma.
Selain itu, mahasiswa yang kehilangan anggota keluarganya sewaktu Yahudi Israel menyerang Gaza tempoh hari akan diberikan bantuan kewangan.Universiti juga mendapat bantuan dana sebanyak 50,000 dinar Jordan atau lebih kurang 70,500 US DOlar untuk membantu mahasiswa yang kehilangan harta bendanya.
Oleh kerana serangan oleh Israel berlaku, kuliah dan jadual ujian di universiti tersebut terganggu. Pihak Universiti telah menjadualkan bahawa ujian kepada mahasiswa ialah pada Isnin, 24 Februari 2009 akan datang.
Sumber dari http://www.eramuslim.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan